Tuesday 12 November 2024

Pengenalan Sahabat Telekung Kuantan (STK)



Sahabat Telekung Kuantan (STK) adalah komuniti yang membantu mengekalkan kebersihan pakaian solat wakaf seperti telekung, kain pelikat dan sejadah di sekitar Kuantan.

Sejarah Sahabat Telekung Kuantan
Ia telah ditubuhkan secara online di ‘facebook’ pada 21 Jun 2013.  Facebook Page rasmi bagi Sahabat Telekung Kuantan (STK) adalah di di link https://www.facebook.com/SahabatTelekungKuantan .  Sahabat Telekung Kuantan telah didaftarkan dengan nama Pertubuhan Kebajikan Sahabat Telekung Kuantan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) secara rasmi pada 12 Julai 2013.

Secara asasnya, penubuhan komuniti ini adalah untuk mengambil inisiatif bagi membantu jemaah wanita yang solat di mana-mana masjid atau surau dan menggunakan telekung wakaf tetapi sering berhadapan dengan masalah telekung wakaf yang kurang bersih dan berbau.

Sebelum berdaftar menggunakan nama  Sahabat Telekung Kuantan, komuniti ini menggunakan Facebook Page Telekung Project (Kuantan, Pahang) (https://www.facebook.com/TelekungProjectKuantan) untuk memaparkan segala aktiviti yang dilakukan.  Facebook tersebut ditubuhkan secara online di facebook  bermula pada 5/9/2012.  Oleh itu, segala aktiviti amal telah bermula dari tersebut.

Maksud Sahabat Telekung Kuantan
Sahabat bermaksud ikatan yang terhasil dari jalinan mesra antara ahli yang saling membantu, tolong-menolong antara satu sama lain.

Telekung membawa maksud pakaian yang dipakai semasa menunaikan ibadah.

Gabungan nama Sahabat Telekung bermaksud pertubuhan ini bekerjasama sesama ahli untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan berbentuk ibadah untuk kebaikan dan keselesaan pengguna khususnya dan umat Islam amnya.

Mudah-mudahan STK membantu menyebarkan ilmu dan kebaikan terutamanya di dalam mengekalkan kebersihan pakaian solat wakaf seperti telekung, kain pelikat dan sejadah di sekitar Kuantan.

"Amazing Wakaf". Usia pasti berakhir, namun indahnya pahala tetap mengalir.


Cara menyumbang kepada Sahabat Telekung Kuantan.
Kepada sesiapa yang nak memberi/bersedekah/wakaf/idea atau pun apa jua istilahnya berkaitan Sahabat Telekung Kuantan ini sila hubungi :

MARDZIAH (019-9532747)

CHE KU SHAHERAWATI (013-9937234)
NORLIA (013-9357549)

sahabattelekung@gmail.com

Sumbangan telekung boleh dihantar ke:

CHE KU SHAHERAWATI, 013-9937234 (untuk penyerahan telekung di sekitar bandar Kuantan).

ATAU melalui pos ke:

HANIM A. HAMID
15, LORONG IM12/3,
TAMAN ASTANA PERMAI,
BANDAR INDERA MAHKOTA,
25200 KUANTAN, PAHANG
019-2486536

Sumbangan wang boleh dimasukkan ke akaun:

1. Maybank Islamic (556093238331). Sahabat Telekung Kuantan. Email - sahabattelekung@gmail.com

2. CIMB Islamic. (8601298867). Pertubuhan Kebajikan Sahabat Telekung Kuantan. Email - sahabattelekung@gmail.com

3.Sila MASUKKAN email sahabattelekung@gmail.com semasa membuat transaksi dan menulis "Description of transaction: SAHABAT TELEKUNG KUANTAN".

Jazakumullahu khairan kathira (Moga Allah swt ganjarkan kepada kamu kebaikan sebanyak-banyaknya).

Terima kasih di atas sumbangan yang diberi. Moga Allah menerima amalan, memurahkan rezeki dan menjadi pencen kubur kalian


Cara untuk turut serta sebagai sukarelawan atau menyertai aktiviti STK

Untuk mendaftar sebagai ahli Sahabat Telekung Kuantan (STK): Isi borang di http://goo.gl/PFLiYN

Tujuan maklumat ini diambil adalah untuk menyimpan data-data STK untuk memudahkan komunikasi.

Untuk menyertai kumpulan STK di Facebook: Sertai dihttps://www.facebook.com/groups/SahabatTelekungKuantan/

Untuk menyertai kumpulan STK di WhatsApp: Hantarkan whatsapp ke 019-9532747

Jazakumullahu khairan kathira (Moga Allah swt ganjarkan kepada kamu kebaikan sebanyak-banyaknya).

Terima kasih di atas kesudian Cik Puan untuk sama-sama melakukan kerja amal di Sahabat Telekung Kuantan.

Bantuan Cik Puan amat kami hargai. Semoga Allah akan memberikan ganjaran untuknya.


Sunday 1 February 2015

Anugerah Inovasi Bahagian NGO Maal Hijrah 1436H


Dewan Jubli Perak, Kuantan, Pahang
Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436H
6 November 2014







Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah yang Agung pada tanggal 6 November 2014 yang lalu, STK yang dipengerusikan oleh Puan Mardziah binti Mohd Lokoman telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Inovasi Bahagian NGO Maal Hijrah 1436H yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Kuantan.

Penganugerahan ini dipilih oleh Kerajaan Negeri Pahang serta Jabatan Agama Islam Pahang dan STK telah berjaya meraihnya. STK diwakili oleh AJK Puan Che Ku Shaherawati binti Che Ku Jusoh dan Puan Norlia binti Muhamad telah mengambil anugerah ini mewakili semua wakil surau yang bertungkus lumus menjaga kebersihan surau awam secara percuma menggunakan dana yang dikutip melalui orang ramai.

1 Piala
1 Sijil Penghargaan
Wang Tunai bernilai RM5,000.00

Terima kasih Kerajaan Negeri Pahang dan JAIP terutama Ustaz Badlishah yang mengenengahkan nama STK untuk dicalonkan. Kami tidak pernah bermimpi untuk menaiki podium dan dianugerahkan penghargaan ini kerana apa yang kami harapkan hanyalah redha Allah semata. Semoga dengan sedikit pengiktirafan ini, STK lebih komited dan wakil-wakil surau lebih istiqomah dalam menjaga kemaslahatan pakaian solat wakaf di surau awam.

Telekung Kain Jersey Berwarna Coklat Gelap

Satu inisiatif kami di STK adalah untuk mengambil kira mengenai telekung yang efektif untuk dibawa solat di surau awam. Kriteria untuk telekung adalah :
✔ Tidak jarang
✔ Dijahit dua lapis dibahagian kepala untuk elak nampak leher
✔ Berwarna gelap untuk elakkan bintik lalat dibahagian muka
✔ Kemas dibahagian muka berpenutup dagu
✔ Telekung jersey tidak melekap seperti telekung lycra
✔ Kain yang labuh dan bergetah untuk keselesaan semua pengguna

Masalah yang kami hadapi dalam menguruskan pakaian solat wakaf berwarna putih di tempat tumpuan awam adalah seperti berikut :
  • Kesan gincu
  • Kesan maskara
  • Kesan besak asas/foundation
  • Bintik lalat/hitam dikawasan muka

Mudah-mudahan telekung wakaf berwarna coklat ini dapat berkhidmat lebih lama dari segi ketahanan, jangka hayat telekung, keselesaan juga kebersihan dari kesan kotoran.




Saturday 31 January 2015

Sumbangan Pakaian Solat

Selain dari menerima dana dari orang ramai, kami juga menerima pakaian solat untuk digunakan di surau awam yang kami selia.

Sumbangan pakaian solat boleh dihantar kepada :

CHE KU SHAHERAWATI, 013-9937234 (untuk penyerahan telekung di sekitar bandar Kuantan).

ATAU melalui pos ke:

HANIM A. HAMID
15, LORONG IM12/3,
TAMAN ASTANA PERMAI,
BANDAR INDERA MAHKOTA,
25200 KUANTAN, PAHANG
019-2486536




Wednesday 26 November 2014

Cara menguruskan penukaran telekung wakaf di Surau East Coast Mall, Kuantan

Berikut adalah cara pengurusan tukaran telekung wakaf di Surau East Coast Mall (ECM), Kuantan.  Cara ini boleh diaplikasi di surau yang penukaran telekung dibantu oleh cleaner yang bertugas di surau tersebut.  Cara ini juga boleh diaplikasi di mana-mana surau lain mengikut kesesuaian.



➤1) Bawa telekung bersih ke surau (20 pasang). Bilangan telekung perlu dirujuk kepada kapasiti surau. 


 
 ➤2) Ambil tag BERSIH yang diletakkan di dalam bekas di atas kabinet di dalam surau.



 
➤3) Ikat tag BERSIH pada beg telekung yang dibawa.



 


    ➤4) Keluarkan DUA (2) beg telekung yang ber tag KOTOR dari dalam kabinet.  Pastikan dua beg tersebut SAMA WARNA dan CORAK.  Ini bagi memastikan telekung tersebut dapat dipasangkan semula baju 
    dengan kainnya.
     
     
    DUA beg yang sepadan

    Beberapa set beg yang sepadan diletakkan berhampiran


    ➤5) Tanggalkan tag KOTOR dari beg.

    ➤6) Masukkan tag KOTOR ke dalam beg kecil. Letakkan tag ke dalam bekas yang diletakkan di atas kabinet.




    ➤7) Bawa balik 2 beg telekung kotor untuk di cuci. 


    ➤8) Pegang/simpan telekung yang telah di cuci sehingga tiba giliran bertugas pada bulan seterusnya.
     

    ➤9) Ulang langkah di atas semula.


    CATATAN:

    🌟Telekung kotor di Surau East Coast Mall (ECM), Kuantan akan ditukar dengan telekung yang bersih oleh cleaner yang bertugas pada setiap hari AHAD, SELASA dan JUMAAT.

    🌟Sukarelawan STK di ECM hanya perlu menghantar telekung bersih untuk tukaran mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mengambil telekung kotor yang telah diletakkan di dalam beg oleh cleaner.

    🌟Sukarelawan STK di ECM tidak perlu menggantung telekung di rak.

    🌟Sukarelawan STK di ECM perlu bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi memastikan stok telekung bersih sentiasa tersedia untuk dibuat tukaran oleh cleaner bertugas.  Ia juga bagi mengelakkan lambakan telekung kotor di surau.

    🌟Sila maklumkan kepada team member jika mempunyai kekangan untuk back-up.  InsyaAllah, sahabat lain pasti membantu.

    🌟Pengurusan kebersihan telekung wakaf di surau ECM telah mendapat kebenaran dan kerjasama dari pihak pengurusan ECM.

    🌟Rujuk link berikut untuk : Cara mencuci telekung


    Monday 17 November 2014

    Rakan Bisnes STK (Seri Maju Textile)


    Sahabat Telekung Kuantan (STK) kerap membeli kelengkapan pakaian solat wakaf di Seri Maju Textile. Alhamdulillah Seri Maju Textile memberikan harga istimewa untuk pembelian telekung dewasa, telekung kanak-kanak, sejadah dan kain pelikat kepada STK. Semoga perniagaan Seri Maju Textile terus maju atas asbab turut sama bersedekah di STK :-)

    Maklumat mengenai Seri Maju Textile :



    Seri Maju Textile
    No. B-10, Lorong Pasar Baru 1, Kuantan, 25000, Kuantan, Pahang 25000, Malaysia
    +60 9-513 1006
    Textile - Wholesaler











    ------------------------------------------------------------------------------------------------


    Ciri-ciri Rakan Bisnes STK:

    1. Memberikan diskaun untuk pembelian peralatan kegunaan STK seperti telekung, kain pelikat, sejadah, sabun, pewangi fabrik dll
    2. Memberi khidmat dobi / pengeringan secara percuma / diskaun untuk setiap pakaian solat wakaf STK yang dihantar ke dobi-dobi.
    3. STK akan mempromosikan Rakan Bisnes STK di blog / facebook / instagram dll.
    Untuk menjadi Rakan Bisnes STK, boleh hubungi 


    MARDZIAH (019-9532747)
    CHE KU SHAHERAWATI (013-9937234)
    NORLIA (013-9357549) 

    Ummu Mihjan : Petugas kebersihan masjid di zaman Rasulullah SAW





    Kenalkah kita dengan Ummu Mihjan?

    Ummu Mihjan, seorang wanita berkulit hitam merupakan salah seorang wanita dari kalangan sahabat Nabi S.A.W.

    Ummu Mihjan telah berkhidmat untuk Islam, apa khidmatnya? Membersihkan Masjid di zaman Rasulullah S.A.W. Itu saja? Bagi sebahagian kita, kerja membersihkan masjid, surau atau mana-mana tempat adalah tugas kecil dan selalunya kita panggil orang yang rajin membersihkan surau atau masjid dengan panggil 'Tok Siak'. Gelaran 'tok' itu menggambarkan orang yang rajin berkhidmat membersihakn surau dan masjid ini adalah orang yang telah berusia/ orang tua.

    Dr. Aidh al-Qarni di dalam salah satu rancangan tv bertajuk 'Haddathana al-Zaman' telah menyarankan kita agar melakukan 'sesuatu' untuk dunia dan akhirat dengan penuh kesungguhan, walaupun tugas itu nampak 'kecil' atau 'tidak penting' bagi sesetengah mata yang memandang.

    Beliau memberikan contoh para sahabat Nabi S.A.W. yang mempunyai pelbagai tugas dan kelebihan termasuk apa yang dilakukan oleh Ummu Mihjan.

    Mari kita lihat bersama kisah pendek Ummu Mihjan sebagaimana disebut dalam buku-buku hadith :

    "...terdapat seorang perempuan berkulit hitam, kerjanya membersihkan masjid. Pada satu hari dia telah meninggal dunia (para sahabat tidak sempat memberitahu Nabi S.A.W. di atas sebab-sebab tertentu). Maka Nabi S.A.W. bertanya kepada para sahabat yang lain tentangnya (kenapa dia tidak kelihatan lagi membersihkan masjid), lalu mereka memberitahu Baginda bahawa dia telah meninggal dunia...

    Rasulullah SAW berkata: "kenapa kamu tidak beritahu kepadaku? Tunjukkan kepadaku kuburnya"

    Lalu Baginda pergi ke kuburnya dan menunaikan solat jenazah dan mendoakannya..."

    Semoga Allah SWT meredhai dan merahmati Ummu Mihjan....

    Kedudukannya mungkin kecil pada pandangan sebahagian manusia pada waktu itu...

    Tetapi lihatlah kedudukannya pada pandangan mata Rasulullah S.A.W. !!!

    * Kisah Ummu Mihjan adalah kisah yang sahih sebagaimana diriwayatkan oleh Imam-Imam Hadith seperti al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan lain-lain lagi. 

    Kita? tak mahukah mengambil peranan tugas kecil begini yang mulia didalam pandangan Allah.

    Wahai muslimah, janganlah kalian menganggap remeh suatu kebaikan walaupun sedikit. Jangan pernah berkecil hati dan merasa bahwa kalian adalah orang yang lemah dan tak sanggup memberikan komitment apa pun dalam membangun agenda kehidupan masyarakat islam.

    Di dalam kisah Sirah sahabat wanita, sejarah hidup seorang perempuan tua berkulit hitam yang layak menjadi pelajaran bagi segenap kaum muslimin sepanjang sejarah. Beliau adalah muslimah tua yang amat sederhana, namun memiliki kesungguhan yang maksima.

    Beliau adalah seorang perempuan tua berkulit hitam yang biasa dipanggil dengan nama Ummu Mihjan. Beliau seorang yang miskin dan lemah. Oleh karena itu, ia selalu mendapat perhatian dari Rasulullah, sebab Rasulullah selalu mengunjungi orang-orang miskin, menanyakan keadaan mereka, dan memberi makan kepada mereka.

    Beliau seorang muslimah yang menyadari bahwa dirinya mempunyai kewajiban aqidah dan masyarakat. Akan tetapi, apa yang boleh dilakukan oleh seorang perempuan tua dan miskin seperti dirinya? Namun demikian, beliau tidak mau mendiamkan diri dan putus asa dengan keadaan dirinya, sebab beliau tahu bahwa putus asa adalah sifat yang tidak seharusnya bersemayam di hati seorang muslim.

    Beliau mewujudkan kesadarannya itu dengan cara menjaga kebersihan tempat shalat kaum muslim. Beliaulah yang setiap hari membersihkan lingkungan masjid, menyapunya, dan membuang sampah serta kotoran yang berserakan di masjid. Beliau sadar bahwa masjid mempunyai peranan penting dalam islam. Masjid adalah tempat shalat lima waktu dan madrasah yang telah telah menghasilkan banyak ulama dan para pahlawan islam. Di dalamnya, parlimen islam berkumpul 5 kali setiap harinya untuk mengadakan musyawarah, bertukar fikiran, dan mempererat tali kasih sayang di antara mereka. Masjid bagi umat islam kala itu layaknya sebuah lembaga pendidikan yang mengajarkan dasar-dasar pembinaan umat.

    Karena itulah, Ummu Mihjan tidak merasa rendah diri dengan apa yang dilakukannya, sebab hal itu adalah upaya maksima yang dapat beliau lakukan. Beliau tidak pernah meremehkan tugasnya dalam membersihkan sampah dan kotoran. Hal itu dilakukannya agar beliau dapat memberikan suasana yang segar dan nyaman kepada Rasulullah dan para sahabat dalam melangsungkan muktamar tingkat tinggi yang rutin dilaksanakan itu.

    Tugasnya membersihkan sampah dan kotoran di masjid dilakukannya sampai ia wafat pada masa Rasulullah. Ummu Mihjan meninggal saat hari sudah larut malam. Para shahabat kemudian membawa jenazahnya kepada Rasulullah, namun pada waktu itu para shahabat mendapati beliau sudah tidur dan mereka tidak mau mengganggu tidur beliau. Akhirnya, para shahabat menshalatkannya dan memakamkannya di pemakaman Baqi’ tanpa disertai baginda Rasullulah SAW.

    Pagi harinya, Rasulullah merasa kehilangan dan menanyakan keberadaan Ummu Mihjan kepada para shahabat. Mereka menjawab: “Kami telah memakamkannya, wahai Rasulullah. Sungguh, semalam kami telah mendatangi engkau, namun kami mendapati engkau sudah tertidur, sehingga kami tidak mau mengganggu tidur engkau. ” Rasul bersabda : “Berangkatlah kalian (ke kuburnya). “Beliau pun lalu berjalan bersama para shahabat sampai ke makam Ummu Mihjan.

    Sesampainya di sana, Rasulullah lalu berdiri dan para shahabat pun berbaris di belakang beliau. Beliau lalu menshalatkannya dengan 4 kali takbir.

    Selesai shalat beliau bersabda: “Pekuburan ini penuh dengan kegelapan yang menimpa para penghuninya dan Allah menerangi mereka berkat shalatku.

    Semoga Allah mencurahkan rahmatNya kepada Ummu Mihjah, seorang wanita tua yang miskin dan lemah, namun beliau selalu berusaha mempersembahkan yang terbaik bagi islam sekuat tenaganya. Beliau merupakan pelajaran bagi kaum muslim sepanjang masa agar tidak menganggap remeh suatu kebajikan walaupun sedikit.

    Dialah wanita yang selama hidupnya dan sesudah kematiannya mendapat perhatian Rasulullah, yang mana beliau mengecam para shahabatnya karena tidak memberitahukan kematiannya kepada beliau, sehingga beliau tidak turut mengantarkan jenazahnya ke tempat peristirahatannya yang terakhir di dunia. Bahkan sikap beliau tidak berhenti hanya sampai di situ, beliau pun segera mendatangi kuburannya untuk menshalatkanya agar Allah menerangi kuburnya berkat shalat beliau itu.

    Wahai kaum ibu dan anak gadis sekelian…, apakah setelah ini kalian tahu apa peranan yang dituntut dari kalian terhadap agama dan umat kalian?

    Sumber: 

    1. http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12346.0

    2. http://abubaid.blogspot.com/2011/02/ummu-mihjan-petugas-kebersihan-masjid.html

    INGIN MEMULAKAN PROJEK TELEKUNG/ SEJADAH/ KAIN PELIKAT DI TEMPAT ANDA? 

    Rujuk nota ini : http://sahabattelekungkuantan.blogspot.com/2014/10/bagaimana-memulakan-projek-telekung.html