Tentang STK


Siapa Sahabat Telekung.
Sahabat Telekung Kuantan adalah sebuah komuniti sukarelawan yang mengambil inisiatif bagi membantu jemaah terutama wanita yang solat di mana-mana masjid atau surau dan menggunakan pakaian solat wakaf tetapi sering berhadapan dengan masalah pakaian solat wakaf yang kurang bersih dan berbau. 

Sukarelawan Sahabat Telekung Kuantan akan mengambil pakaian solat yang kotor di surau–surau untuk dicuci secara percuma dan menghantar semula ke surau.  Khidmat amal ini dilakukan secara konsisten dan berkala mengikut keperluan surau yang dibantu iaitu secara mingguan atau dwi-mingguan.

Sahabat Telekung Kuantan telah ditubuhkan secara online di ‘facebook’ (http://www.facebook.com/SahabatTelekungKuantan) pada 5 September 2012.  Sahabat Telekung Kuantan telah didaftarkan dengan nama Pertubuhan Kebajikan Sahabat Telekung Kuantan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPM-008-06-20062013) secara rasmi pada 12 Julai 2013.

Sehingga hari ini, lebih dari 79 buah surau sedang dibantu pengurusan kebersihan telekung dan keperluan solat wakafnya oleh lebih dari 130 orang sukarelawan.


Maksud Sahabat Telekung Kuantan.
Sahabat bermaksud ikatan yang terhasil dari jalinan mesra antara ahli yang saling membantu, tolong-menolong antara satu sama lain. Telekung pula membawa maksud pakaian yang dipakai semasa menunaikan ibadah.

Gabungan nama Sahabat Telekung bermaksud pertubuhan ini bekerjasama sesama ahli untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan berbentuk ibadah untuk kebaikan dan keselesaan pengguna khususnya dan umat Islam amnya.

Mudah-mudahan STK membantu menyebarkan ilmu dan kebaikan terutamanya di dalam mengekalkan kebersihan pakaian solat wakaf seperti telekung, kain pelikat dan sejadah di sekitar Kuantan.
"Amazing Wakaf". Usia pasti berakhir, namun indahnya pahala tetap mengalir.


Cara untuk menyumbang ke Sahabat Telekung Kuantan.
Sumbangan wang boleh dimasukkan ke akaun berikut:

1. Maybank Islamic (556093238331). Sahabat Telekung Kuantan. 

2. CIMB Islamic. (8601298867). Pertubuhan Kebajikan Sahabat Telekung Kuantan.

3.Sila MASUKKAN email sahabattelekung@gmail.com semasa membuat transaksi dan menulis "Description of transaction: SAHABAT TELEKUNG KUANTAN".                    

Sumbangan pakaian solat wakaf dan wang tunai secara serahan tangan di sekitar Kuantan boleh dibuat dengan menghubungi:
·       Puan Shera : 013-9937234
·       Cik Lily      : 017-9396548

Sumbangan pos pakaian solat wakaf boleh dihantar ke:
Sahabat Telekung Kuantan
No 12, Lorong Astana Permai 12/3,
Taman Astana Permai 25200 Kuantan, Pahang
Puan Ida   : 012-9509792

Jazakumullahu khairan kathira (Moga Allah swt ganjarkan kepada kamu kebaikan sebanyak-banyaknya). Terima kasih di atas sumbangan yang diberi. Moga Allah menerima amalan, memurahkan rezeki dan menjadi pencen kubur kalian.

Cara untuk turut serta sebagai sukarelawan atau menyertai aktiviti STK.
Untuk menyertai kumpulan STK, bolehlah menyertai di:

Untuk menyertai kumpulan STK di WhatsApp & Telegram: Hantarkan whatsapp ke 013-9937234

Jazakumullahu khairan kathira (Moga Allah swt ganjarkan kepada kamu kebaikan sebanyak-banyaknya). Terima kasih di atas kesudian anda untuk sama-sama melakukan kerja amal di Sahabat Telekung Kuantan. Semoga Allah akan memberikan ganjaran untuknya.


No comments:

Post a Comment