Thursday 16 October 2014

Telekung jarang / nipis atau terlalu lusuh




Ini adalah contoh-contoh telekung wakaf yang akan dilupuskan kerana sudah terlalu jarang / nipis atau terlalu lusuh dan mempunyai kesan kotoran seperti darah, tahi lalat dll yang tidak dapat dihilangkan lagi.


Apa perlu dibuat pada pakaian solat wakaf seperti ini?


Telekung yang sudah terlalu nipis dan jarang boleh dijahit semula dan ditukar menjadi sejadah muka / anak tudung telekung.

Contoh sejadah muka dari telekung yang nipis dan jarang,

Contoh anak tudung telekung


Jika terdapat telekung nipis / jarang di surau-surau, boleh lihat panduan menggunakannya: 

  





Jika sudah tidak boleh digunakan, ia boleh dilupuskan kerana manfaatnya sudah tiada. Cara melupuskannya samada dibuang di dalam tong sampah / dibakar / dikambus di dalam tanah. 



Harta wakaf tanggungjawab bersama .

No comments:

Post a Comment