Sunday 1 February 2015

Anugerah Inovasi Bahagian NGO Maal Hijrah 1436H


Dewan Jubli Perak, Kuantan, Pahang
Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436H
6 November 2014







Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah yang Agung pada tanggal 6 November 2014 yang lalu, STK yang dipengerusikan oleh Puan Mardziah binti Mohd Lokoman telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Inovasi Bahagian NGO Maal Hijrah 1436H yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Kuantan.

Penganugerahan ini dipilih oleh Kerajaan Negeri Pahang serta Jabatan Agama Islam Pahang dan STK telah berjaya meraihnya. STK diwakili oleh AJK Puan Che Ku Shaherawati binti Che Ku Jusoh dan Puan Norlia binti Muhamad telah mengambil anugerah ini mewakili semua wakil surau yang bertungkus lumus menjaga kebersihan surau awam secara percuma menggunakan dana yang dikutip melalui orang ramai.

1 Piala
1 Sijil Penghargaan
Wang Tunai bernilai RM5,000.00

Terima kasih Kerajaan Negeri Pahang dan JAIP terutama Ustaz Badlishah yang mengenengahkan nama STK untuk dicalonkan. Kami tidak pernah bermimpi untuk menaiki podium dan dianugerahkan penghargaan ini kerana apa yang kami harapkan hanyalah redha Allah semata. Semoga dengan sedikit pengiktirafan ini, STK lebih komited dan wakil-wakil surau lebih istiqomah dalam menjaga kemaslahatan pakaian solat wakaf di surau awam.

Telekung Kain Jersey Berwarna Coklat Gelap

Satu inisiatif kami di STK adalah untuk mengambil kira mengenai telekung yang efektif untuk dibawa solat di surau awam. Kriteria untuk telekung adalah :
✔ Tidak jarang
✔ Dijahit dua lapis dibahagian kepala untuk elak nampak leher
✔ Berwarna gelap untuk elakkan bintik lalat dibahagian muka
✔ Kemas dibahagian muka berpenutup dagu
✔ Telekung jersey tidak melekap seperti telekung lycra
✔ Kain yang labuh dan bergetah untuk keselesaan semua pengguna

Masalah yang kami hadapi dalam menguruskan pakaian solat wakaf berwarna putih di tempat tumpuan awam adalah seperti berikut :
  • Kesan gincu
  • Kesan maskara
  • Kesan besak asas/foundation
  • Bintik lalat/hitam dikawasan muka

Mudah-mudahan telekung wakaf berwarna coklat ini dapat berkhidmat lebih lama dari segi ketahanan, jangka hayat telekung, keselesaan juga kebersihan dari kesan kotoran.