Thursday 16 October 2014

Projek telekung / sejadah / kain pelikat bergerak

Mari kita sebarkan kebaikan dan kasih sayang sesama muslim dengan membantu semua muslim solat dengan selesa :-)

BAGAIMANA CARANYA?

Kita laksanakan: PROJEK TELEKUNG / SEJADAH / KAIN PELIKAT BERGERAK \(^_^)/

CARANYA:

1. Sediakan beberapa pasang telekung / sejadah / kain pelikat untuk diwakafkan. 

2. Jahit label WAKAF Sahabat Telekung Kuantan / “Telekung Project” pada telekung / sejadah / kain pelikat seperti di dalam gambar ini untuk memaklumkan kepada orang ramai yang ia adalah harta wakaf dan sesiapa sahaja boleh mencucinya.

Untuk mendapatkan label ini secara PERCUMA, sms / whatsapp ke Shera di 013-9937234 m
aklumat : NAMA, ALAMAT, NO HP

3. Sediakan telekung / sejadah / kain pelikat berlabel ini di dalam kereta bersama poster ini:




4.Setiap kali singgah solat di mana-mana, tampal poster tersebut di surau dan letakkan telekung / sejadah / kain pelikat berlabel  di surau tersebut.

5. Cari telekung/ sejadah / kain pelikat wakaf yang kotor dan bawa balik telekung / sejadah / kain pelikat wakaf yang kotor itu untuk dibasuh / dijahit jika rosak.

8. Setelah telekung/ sejadah / kain pelikat wakaf itu siap dibasuh, ULANG semula langkah 1-7 setiap kali kita solat di mana-mana.

SOALAN: Apakah status telekung wakaf? Bolehkah telekung wakaf di surau A dipindah-pindah ke surau-surau yg lain?
JAWAPAN: (Penjelasan yg diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI) tentang kain/telekung wakaf di surau-surau)
UAI bagi contoh kain pelekat. Bila orang guna kain pelekat wakaf di surau A, pahala pun mengalir kat penderma kain tu. Pak imam surau A nampak ramai musafir selalu singgah kat surau B, jadi pak imam pun amik beberapa kain surau A utk dibawa ke surau B supaya kebaikan dan pahala yg boleh diperolehi lebih banyak dan berganda. Mungkin di surau A, jemaahnya kurang. Hukumnya HARUS bila kita pindahkan kain/telekung ke surau lain utk digunakan oleh lebih ramai org dan kita pun dapat lebih banyak pahala.

Semoga ilmu ini disebarkan dan menjadi pencen kubur kita semua 

No comments:

Post a Comment