Friday 10 October 2014

All about Sahabat Telekung Kuantan (STK)


ALL ABOUT SAHABAT TELEKUNG KUANTAN.

Siapa Sahabat Telekung Kuantan?
Sahabat Telekung Kuantan adalah satu komuniti sukarelawan yang membantu mengekalkan kebersihan pakaian solat wakaf seperti telekung, kain pelikat dan sejadah di sekitar Kuantan. Komuniti ini berkomunikasi secara asas di https://www.facebook.com/SahabatTelekungKuantan . Komuniti ini telah berdaftar sebagai sebuah pertubuhan kebajikan dengan no pendaftaran PPM-008-06-20062013.

Apa Sahabat Telekung Kuantan lakukan?
Beberapa sukarelawan akan mengambil telekung, sejadah dan kain pelikat wakaf dan menggantikan dengan yang bersih. Yang kotor dibawa balik untuk dicuci, dirawat dan dihantar semula ke surau.

Kenapa Sahabat Telekung Kuantan melakukan kerja-kerja ini?
Projek ni dijalankan bagi mengambil inisiatif bagi membantu jemaah wanita yang solat di mana-mana masjid atau surau dan menggunakan telekung wakaf tetapi sering berhadapan dengan masalah telekung wakaf yang kurang bersih dan berbau busuk.

Di mana projek ini dibuat?

Projek ni dibuat di surau-surau pusat membeli belah, shell & petronas atau mana-mana surau yang digunakan oleh orang ramai termasuk surau di tempat kerja khususnya di sekitar Kuantan. Sehingga hari ini, lebih dari 40 buah surau sedang dibantu pengurusan kebersihan telekung dan keperluan solat wakafnya termasuklah ECM, Giant Kuantan, Megamall, Kuantan Parade, beberapa surau di dalam HTAA dll.

Bagaimana ingin memberi sumbangan?


Sumbangan tunai boleh dimasukkan ke akaun Sahabat Telekung Kuantan:

Nama Akaun : SAHABAT TELEKUNG KUANTAN
Nama Bank : Maybank Islamic
Nombor Akaun: 556093238331

Nama Akaun : PERTUBUHAN KEBAJIKAN SAHABAT TELEKUNG KUANTAN
Nama Bank : CIMB Islamic
Nombor Akaun: 06010000862108

Email : sahabattelekung@gmail.com

Bagaimana ingin turut serta sebagai sukarelawan?
Sesiapa sahaja boleh turut serta menjadi sukarelawan di Sahabat Telekung Kuantan. ‘Private Message (pm)’ kami untuk maklumat lanjut dan rujuk di ‘link’ berikut :
https://www.facebook.com/notes/sahabat-telekung-kuantan/bagaimana-memulakan-projek-telekung-sejadah-kain-pelikat-di-tempat-anda/633867333291095

Semoga kita bersama-sama menjaga kebersihan telekung wakaf dan surau untuk keselesaan bersama.

No comments:

Post a Comment