Wednesday 12 November 2014

Cara mencuci telekung (kaedah rendam dan sental)


Gambar A ialah kain sahaja yang kotor yg diambil dari surau. Kami di STK kebiasaannya akan merendam selama 3 jam kain ini didalam mesin yang sudah diletakkan sabun dan peluntur. Kain tidak perlu disental sangat kerana kain kebanyakannya tidak berapa kotor.

Gambar B pula merupakan telekung berwarna putih sahaja tanpa sulaman berwarna. Telekung-telekung ini biasanya akan direndam di dalam besin selama 6jam bersama sabun dan peluntur. Kami juga akan menyental dahulu semua kotoran kesan make up, bintik lalat dan kesan daki utk menghilangkan semua kotoran tersebut.

Gambar C pula ialah telekung berwarna dan bersulam warna yg perlu diberi sedikit perhatian ketika merendam. Hanya bahagian muka sahaja yg disental dgn sabun dan peluntur manakala bahagian bersulam warna akan dibasuh seperti biasa. (Gambar C tiada dlm senarai foto kerana masih belum dibasuh oleh admin kerana kekurangan besin utk merendam ...tunggu giliran)


PANDUAN SEBELUM MENGGUNAKAN TELEKUNG WAKAF: Bersihkan make up sebelum wudhuk dengan sebersihnya




No comments:

Post a Comment