Wednesday, 26 November 2014

Cara menguruskan penukaran telekung wakaf di Surau East Coast Mall, Kuantan

Berikut adalah cara pengurusan tukaran telekung wakaf di Surau East Coast Mall (ECM), Kuantan.  Cara ini boleh diaplikasi di surau yang penukaran telekung dibantu oleh cleaner yang bertugas di surau tersebut.  Cara ini juga boleh diaplikasi di mana-mana surau lain mengikut kesesuaian.



➤1) Bawa telekung bersih ke surau (20 pasang). Bilangan telekung perlu dirujuk kepada kapasiti surau. 


 
 ➤2) Ambil tag BERSIH yang diletakkan di dalam bekas di atas kabinet di dalam surau.



 
➤3) Ikat tag BERSIH pada beg telekung yang dibawa.



 


    ➤4) Keluarkan DUA (2) beg telekung yang ber tag KOTOR dari dalam kabinet.  Pastikan dua beg tersebut SAMA WARNA dan CORAK.  Ini bagi memastikan telekung tersebut dapat dipasangkan semula baju 
    dengan kainnya.
     
     
    DUA beg yang sepadan

    Beberapa set beg yang sepadan diletakkan berhampiran


    ➤5) Tanggalkan tag KOTOR dari beg.

    ➤6) Masukkan tag KOTOR ke dalam beg kecil. Letakkan tag ke dalam bekas yang diletakkan di atas kabinet.




    ➤7) Bawa balik 2 beg telekung kotor untuk di cuci. 


    ➤8) Pegang/simpan telekung yang telah di cuci sehingga tiba giliran bertugas pada bulan seterusnya.
     

    ➤9) Ulang langkah di atas semula.


    CATATAN:

    🌟Telekung kotor di Surau East Coast Mall (ECM), Kuantan akan ditukar dengan telekung yang bersih oleh cleaner yang bertugas pada setiap hari AHAD, SELASA dan JUMAAT.

    🌟Sukarelawan STK di ECM hanya perlu menghantar telekung bersih untuk tukaran mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mengambil telekung kotor yang telah diletakkan di dalam beg oleh cleaner.

    🌟Sukarelawan STK di ECM tidak perlu menggantung telekung di rak.

    🌟Sukarelawan STK di ECM perlu bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi memastikan stok telekung bersih sentiasa tersedia untuk dibuat tukaran oleh cleaner bertugas.  Ia juga bagi mengelakkan lambakan telekung kotor di surau.

    🌟Sila maklumkan kepada team member jika mempunyai kekangan untuk back-up.  InsyaAllah, sahabat lain pasti membantu.

    🌟Pengurusan kebersihan telekung wakaf di surau ECM telah mendapat kebenaran dan kerjasama dari pihak pengurusan ECM.

    🌟Rujuk link berikut untuk : Cara mencuci telekung


    Monday, 17 November 2014

    Rakan Bisnes STK (Seri Maju Textile)


    Sahabat Telekung Kuantan (STK) kerap membeli kelengkapan pakaian solat wakaf di Seri Maju Textile. Alhamdulillah Seri Maju Textile memberikan harga istimewa untuk pembelian telekung dewasa, telekung kanak-kanak, sejadah dan kain pelikat kepada STK. Semoga perniagaan Seri Maju Textile terus maju atas asbab turut sama bersedekah di STK :-)

    Maklumat mengenai Seri Maju Textile :



    Seri Maju Textile
    No. B-10, Lorong Pasar Baru 1, Kuantan, 25000, Kuantan, Pahang 25000, Malaysia
    +60 9-513 1006
    Textile - Wholesaler











    ------------------------------------------------------------------------------------------------


    Ciri-ciri Rakan Bisnes STK:

    1. Memberikan diskaun untuk pembelian peralatan kegunaan STK seperti telekung, kain pelikat, sejadah, sabun, pewangi fabrik dll
    2. Memberi khidmat dobi / pengeringan secara percuma / diskaun untuk setiap pakaian solat wakaf STK yang dihantar ke dobi-dobi.
    3. STK akan mempromosikan Rakan Bisnes STK di blog / facebook / instagram dll.
    Untuk menjadi Rakan Bisnes STK, boleh hubungi 


    MARDZIAH (019-9532747)
    CHE KU SHAHERAWATI (013-9937234)
    NORLIA (013-9357549) 

    Ummu Mihjan : Petugas kebersihan masjid di zaman Rasulullah SAW





    Kenalkah kita dengan Ummu Mihjan?

    Ummu Mihjan, seorang wanita berkulit hitam merupakan salah seorang wanita dari kalangan sahabat Nabi S.A.W.

    Ummu Mihjan telah berkhidmat untuk Islam, apa khidmatnya? Membersihkan Masjid di zaman Rasulullah S.A.W. Itu saja? Bagi sebahagian kita, kerja membersihkan masjid, surau atau mana-mana tempat adalah tugas kecil dan selalunya kita panggil orang yang rajin membersihkan surau atau masjid dengan panggil 'Tok Siak'. Gelaran 'tok' itu menggambarkan orang yang rajin berkhidmat membersihakn surau dan masjid ini adalah orang yang telah berusia/ orang tua.

    Dr. Aidh al-Qarni di dalam salah satu rancangan tv bertajuk 'Haddathana al-Zaman' telah menyarankan kita agar melakukan 'sesuatu' untuk dunia dan akhirat dengan penuh kesungguhan, walaupun tugas itu nampak 'kecil' atau 'tidak penting' bagi sesetengah mata yang memandang.

    Beliau memberikan contoh para sahabat Nabi S.A.W. yang mempunyai pelbagai tugas dan kelebihan termasuk apa yang dilakukan oleh Ummu Mihjan.

    Mari kita lihat bersama kisah pendek Ummu Mihjan sebagaimana disebut dalam buku-buku hadith :

    "...terdapat seorang perempuan berkulit hitam, kerjanya membersihkan masjid. Pada satu hari dia telah meninggal dunia (para sahabat tidak sempat memberitahu Nabi S.A.W. di atas sebab-sebab tertentu). Maka Nabi S.A.W. bertanya kepada para sahabat yang lain tentangnya (kenapa dia tidak kelihatan lagi membersihkan masjid), lalu mereka memberitahu Baginda bahawa dia telah meninggal dunia...

    Rasulullah SAW berkata: "kenapa kamu tidak beritahu kepadaku? Tunjukkan kepadaku kuburnya"

    Lalu Baginda pergi ke kuburnya dan menunaikan solat jenazah dan mendoakannya..."

    Semoga Allah SWT meredhai dan merahmati Ummu Mihjan....

    Kedudukannya mungkin kecil pada pandangan sebahagian manusia pada waktu itu...

    Tetapi lihatlah kedudukannya pada pandangan mata Rasulullah S.A.W. !!!

    * Kisah Ummu Mihjan adalah kisah yang sahih sebagaimana diriwayatkan oleh Imam-Imam Hadith seperti al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan lain-lain lagi. 

    Kita? tak mahukah mengambil peranan tugas kecil begini yang mulia didalam pandangan Allah.

    Wahai muslimah, janganlah kalian menganggap remeh suatu kebaikan walaupun sedikit. Jangan pernah berkecil hati dan merasa bahwa kalian adalah orang yang lemah dan tak sanggup memberikan komitment apa pun dalam membangun agenda kehidupan masyarakat islam.

    Di dalam kisah Sirah sahabat wanita, sejarah hidup seorang perempuan tua berkulit hitam yang layak menjadi pelajaran bagi segenap kaum muslimin sepanjang sejarah. Beliau adalah muslimah tua yang amat sederhana, namun memiliki kesungguhan yang maksima.

    Beliau adalah seorang perempuan tua berkulit hitam yang biasa dipanggil dengan nama Ummu Mihjan. Beliau seorang yang miskin dan lemah. Oleh karena itu, ia selalu mendapat perhatian dari Rasulullah, sebab Rasulullah selalu mengunjungi orang-orang miskin, menanyakan keadaan mereka, dan memberi makan kepada mereka.

    Beliau seorang muslimah yang menyadari bahwa dirinya mempunyai kewajiban aqidah dan masyarakat. Akan tetapi, apa yang boleh dilakukan oleh seorang perempuan tua dan miskin seperti dirinya? Namun demikian, beliau tidak mau mendiamkan diri dan putus asa dengan keadaan dirinya, sebab beliau tahu bahwa putus asa adalah sifat yang tidak seharusnya bersemayam di hati seorang muslim.

    Beliau mewujudkan kesadarannya itu dengan cara menjaga kebersihan tempat shalat kaum muslim. Beliaulah yang setiap hari membersihkan lingkungan masjid, menyapunya, dan membuang sampah serta kotoran yang berserakan di masjid. Beliau sadar bahwa masjid mempunyai peranan penting dalam islam. Masjid adalah tempat shalat lima waktu dan madrasah yang telah telah menghasilkan banyak ulama dan para pahlawan islam. Di dalamnya, parlimen islam berkumpul 5 kali setiap harinya untuk mengadakan musyawarah, bertukar fikiran, dan mempererat tali kasih sayang di antara mereka. Masjid bagi umat islam kala itu layaknya sebuah lembaga pendidikan yang mengajarkan dasar-dasar pembinaan umat.

    Karena itulah, Ummu Mihjan tidak merasa rendah diri dengan apa yang dilakukannya, sebab hal itu adalah upaya maksima yang dapat beliau lakukan. Beliau tidak pernah meremehkan tugasnya dalam membersihkan sampah dan kotoran. Hal itu dilakukannya agar beliau dapat memberikan suasana yang segar dan nyaman kepada Rasulullah dan para sahabat dalam melangsungkan muktamar tingkat tinggi yang rutin dilaksanakan itu.

    Tugasnya membersihkan sampah dan kotoran di masjid dilakukannya sampai ia wafat pada masa Rasulullah. Ummu Mihjan meninggal saat hari sudah larut malam. Para shahabat kemudian membawa jenazahnya kepada Rasulullah, namun pada waktu itu para shahabat mendapati beliau sudah tidur dan mereka tidak mau mengganggu tidur beliau. Akhirnya, para shahabat menshalatkannya dan memakamkannya di pemakaman Baqi’ tanpa disertai baginda Rasullulah SAW.

    Pagi harinya, Rasulullah merasa kehilangan dan menanyakan keberadaan Ummu Mihjan kepada para shahabat. Mereka menjawab: “Kami telah memakamkannya, wahai Rasulullah. Sungguh, semalam kami telah mendatangi engkau, namun kami mendapati engkau sudah tertidur, sehingga kami tidak mau mengganggu tidur engkau. ” Rasul bersabda : “Berangkatlah kalian (ke kuburnya). “Beliau pun lalu berjalan bersama para shahabat sampai ke makam Ummu Mihjan.

    Sesampainya di sana, Rasulullah lalu berdiri dan para shahabat pun berbaris di belakang beliau. Beliau lalu menshalatkannya dengan 4 kali takbir.

    Selesai shalat beliau bersabda: “Pekuburan ini penuh dengan kegelapan yang menimpa para penghuninya dan Allah menerangi mereka berkat shalatku.

    Semoga Allah mencurahkan rahmatNya kepada Ummu Mihjah, seorang wanita tua yang miskin dan lemah, namun beliau selalu berusaha mempersembahkan yang terbaik bagi islam sekuat tenaganya. Beliau merupakan pelajaran bagi kaum muslim sepanjang masa agar tidak menganggap remeh suatu kebajikan walaupun sedikit.

    Dialah wanita yang selama hidupnya dan sesudah kematiannya mendapat perhatian Rasulullah, yang mana beliau mengecam para shahabatnya karena tidak memberitahukan kematiannya kepada beliau, sehingga beliau tidak turut mengantarkan jenazahnya ke tempat peristirahatannya yang terakhir di dunia. Bahkan sikap beliau tidak berhenti hanya sampai di situ, beliau pun segera mendatangi kuburannya untuk menshalatkanya agar Allah menerangi kuburnya berkat shalat beliau itu.

    Wahai kaum ibu dan anak gadis sekelian…, apakah setelah ini kalian tahu apa peranan yang dituntut dari kalian terhadap agama dan umat kalian?

    Sumber: 

    1. http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12346.0

    2. http://abubaid.blogspot.com/2011/02/ummu-mihjan-petugas-kebersihan-masjid.html

    INGIN MEMULAKAN PROJEK TELEKUNG/ SEJADAH/ KAIN PELIKAT DI TEMPAT ANDA? 

    Rujuk nota ini : http://sahabattelekungkuantan.blogspot.com/2014/10/bagaimana-memulakan-projek-telekung.html 

    Sunday, 16 November 2014

    Kit Permulaan STK



    Kit ini mengandungi : 

    10 pasang telekung dewasa baru
    1 pasang telekung kanak2 terpakai
    5 helai sejadah muka
    5 helai sejadah biasa
    2 helai alas kaki
    Penyembur fabrik Uzai
    Label STK
    Flyers STK


    Semua ini kami beli 100% sumbangan derma anda penderma budiman!

    Teruskan menderma..inshaaAllah, Allah akan beri lebih sebagai ganti.

    Anda boleh mulakan STK di tempat anda juga. Hubungi:


    MARDZIAH (019-9532747)
    CHE KU SHAHERAWATI (013-9937234)
    NORLIA (013-9357549)

    Wednesday, 12 November 2014

    Cara menyalurkan sumbangan kepada Sahabat Telekung Kuantan

    Kepada sesiapa yang nak memberi/bersedekah/wakaf/idea atau pun apa jua istilahnya berkaitan Sahabat Telekung Kuantan ini sila hubungi :

    MARDZIAH (019-9532747)

    CHE KU SHAHERAWATI (013-9937234)
    NORLIA (013-9357549)

    sahabattelekung@gmail.com

    Sumbangan telekung boleh dihantar ke:

    CHE KU SHAHERAWATI, 013-9937234 (untuk penyerahan telekung di sekitar bandar Kuantan).

    ATAU melalui pos ke:

    HANIM A. HAMID
    15, LORONG IM12/3,
    TAMAN ASTANA PERMAI,
    BANDAR INDERA MAHKOTA,
    25200 KUANTAN, PAHANG
    019-2486536

    Sumbangan wang boleh dimasukkan ke akaun:

    1. Maybank Islamic (556093238331). Sahabat Telekung Kuantan. Email - sahabattelekung@gmail.com

    2. CIMB Islamic. (8601298867). Pertubuhan Kebajikan Sahabat Telekung Kuantan. Email - sahabattelekung@gmail.com

    3.Sila MASUKKAN email sahabattelekung@gmail.com semasa membuat transaksi dan menulis "Description of transaction: SAHABAT TELEKUNG KUANTAN".

    Jazakumullahu khairan kathira (Moga Allah swt ganjarkan kepada kamu kebaikan sebanyak-banyaknya).

    Terima kasih di atas sumbangan yang diberi. Moga Allah menerima amalan, memurahkan rezeki dan menjadi pencen kubur kalian.



    Cara-cara mencuci telekung (kaedah meletakkan peluntur pada bahagian kotoran degil)

    Berikut adalah cadangan cara-cara mencuci telekung.

    1. Asingkan telekung berkotoran degil. Masukkan telekung yang TIDAK berkotoran degil ke dalam mesin pencuci pakaian.
    2. Tuang peluntur (clorox) ke dalam besen.  Isikan air paip ke dalam besen.  Anggaran nisbah peluntur dan air adalah 1:2 (Cth: 1 cawan peluntur dan 2 cwn air). 
    3. Celupkan bahagian berkotoran degil sahaja ke dalam besen.  Biasanya bahagian muka telekung sahaja.
    4. Masukkan telekung tersebut ke dalam mesin pencuci pakaian.
    5. Basuh seperti cucian biasa atau rendaman (soak).
    6. Optional: masukkan nila pada bilasan terakhir. Keringkan (spin).
    7. Sedia untuk dijemur.


    Jika kotoran degil tidak hilang, cuba mana-mana langkah berikut:
    1. kurangkan kuantiti air semasa mencairkan peluntur
    2. sental menggunakan berus
    3. rendam 

    Cara mencuci telekung (kaedah rendam dan sental)


    Gambar A ialah kain sahaja yang kotor yg diambil dari surau. Kami di STK kebiasaannya akan merendam selama 3 jam kain ini didalam mesin yang sudah diletakkan sabun dan peluntur. Kain tidak perlu disental sangat kerana kain kebanyakannya tidak berapa kotor.

    Gambar B pula merupakan telekung berwarna putih sahaja tanpa sulaman berwarna. Telekung-telekung ini biasanya akan direndam di dalam besin selama 6jam bersama sabun dan peluntur. Kami juga akan menyental dahulu semua kotoran kesan make up, bintik lalat dan kesan daki utk menghilangkan semua kotoran tersebut.

    Gambar C pula ialah telekung berwarna dan bersulam warna yg perlu diberi sedikit perhatian ketika merendam. Hanya bahagian muka sahaja yg disental dgn sabun dan peluntur manakala bahagian bersulam warna akan dibasuh seperti biasa. (Gambar C tiada dlm senarai foto kerana masih belum dibasuh oleh admin kerana kekurangan besin utk merendam ...tunggu giliran)


    PANDUAN SEBELUM MENGGUNAKAN TELEKUNG WAKAF: Bersihkan make up sebelum wudhuk dengan sebersihnya




    Monday, 10 November 2014

    Cara menguruskan telekung yang telah kering selepas di cuci

    Berikut adalah cadangan cara untuk menguruskan telekung yang telah kering selepas siap di cuci.

    Rujuk link berikut untuk :


    Cara-cara mencuci telekung (kaedah meletakkan peluntur pada bahagian kotoran degil) 


    Cara mencuci telekung (kaedah rendam dan sental)


    1) Telekung wakaf yang diambil dari surau telah siap dibasuh dan dikeringkan

    2) Telekung bahagian tudung diasingkan dengan bahagian kain.


    3) Telekung di asingkan mengikut jenis kain (cth : kain cotton, jersey, licin)

    4) Telekung bahagian tudung dipasangkan dengan kain yang sepadan mengikut:
         - warna ATAU
         - jenis kain ATAU
         - sulaman




    Jika ada tudung telekung dan kain yang berlebihan / rosak / terlalu nipis, ia akan di KIV kan.

    * Telekung yang sudah terlalu nipis dan jarang boleh dijahit menjadi sejadah muka / anak tudung telekung

    * Jika sudah tidak boleh digunakan, boleh dilupuskan dengan cara  dibuang di dalam tong sampah / dibakar / dikambus kerana manfaatnya sudah tiada.


     Rujuk link berikut : Telekung jarang / nipis atau terlalu lusuh

    5) Label WAKAF Sahabat Telekung Kuantan dijahit pada telekung


    6. Telekung yang sudah disuai padankan tudung dan kainnya serta dijahit label dilipat dan digantung di hanger.

    SIAP SEDIA untuk diagihkan ke surau-surau. Lazimnya jumlah telekung wakaf yang diletakkan disurau-surau adalah mengikut saiz surau. Contohnya :

    • surau petronas diletakkan 5 pasang telekung
    • surau pusat membeli-belah diletakkan 15-25 pasang telekung. 
    Telekung-telekung wakaf ini BOLEH dialihkan ke mana-mana surau kerana ianya adalah telekung wakaf.




    SOALAN: Apakah status telekung wakaf? Bolehkah telekung wakaf di surau A dipindah-pindah ke surau-surau yg lain?

    JAWAPAN: (Penjelasan yg diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI) tentang kain/telekung wakaf di surau-surau)

    UAI bagi contoh kain pelekat. Bila orang guna kain pelekat wakaf di surau A, pahala pun mengalir kat penderma kain tu. Pak imam surau A nampak ramai musafir selalu singgah kat surau B, jadi pak imam pun amik beberapa kain surau A utk dibawa ke surau B supaya kebaikan dan pahala yg boleh diperolehi lebih banyak dan berganda. Mungkin di surau A, jemaahnya kurang. Hukumnya HARUS bila kita pindahkan kain/telekung ke surau lain utk digunakan oleh lebih ramai org dan kita pun dapat lebih banyak pahala.