Sahabat Telekung Kuantan (STK) adalah komuniti yang membantu mengekalkan kebersihan pakaian solat wakaf seperti telekung, kain pelikat dan sejadah di sekitar Kuantan.
Sejarah Sahabat Telekung Kuantan
Ia telah ditubuhkan secara online di ‘facebook’ pada 21 Jun 2013. Facebook Page rasmi bagi Sahabat Telekung Kuantan (STK) adalah di di link https://www.facebook.com/SahabatTelekungKuantan . Sahabat Telekung Kuantan telah didaftarkan dengan nama Pertubuhan Kebajikan Sahabat Telekung Kuantan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) secara rasmi pada 12 Julai 2013.
Secara asasnya, penubuhan komuniti ini adalah untuk mengambil inisiatif bagi membantu jemaah wanita yang solat di mana-mana masjid atau surau dan menggunakan telekung wakaf tetapi sering berhadapan dengan masalah telekung wakaf yang kurang bersih dan berbau.
Sebelum berdaftar menggunakan nama Sahabat Telekung Kuantan, komuniti ini menggunakan Facebook Page Telekung Project (Kuantan, Pahang) (https://www.facebook.com/TelekungProjectKuantan) untuk memaparkan segala aktiviti yang dilakukan. Facebook tersebut ditubuhkan secara online di facebook bermula pada 5/9/2012. Oleh itu, segala aktiviti amal telah bermula dari tersebut.
Maksud Sahabat Telekung Kuantan
Sahabat bermaksud ikatan yang terhasil dari jalinan mesra antara ahli yang saling membantu, tolong-menolong antara satu sama lain.
Telekung membawa maksud pakaian yang dipakai semasa menunaikan ibadah.
Gabungan nama Sahabat Telekung bermaksud pertubuhan ini bekerjasama sesama ahli untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan berbentuk ibadah untuk kebaikan dan keselesaan pengguna khususnya dan umat Islam amnya.
Mudah-mudahan STK membantu menyebarkan ilmu dan kebaikan terutamanya di dalam mengekalkan kebersihan pakaian solat wakaf seperti telekung, kain pelikat dan sejadah di sekitar Kuantan.
"Amazing Wakaf". Usia pasti berakhir, namun indahnya pahala tetap mengalir.
Cara menyumbang kepada Sahabat Telekung Kuantan.
Kepada sesiapa yang nak memberi/bersedekah/wakaf/idea atau pun apa jua istilahnya berkaitan Sahabat Telekung Kuantan ini sila hubungi :
MARDZIAH (019-9532747)
CHE KU SHAHERAWATI (013-9937234)
NORLIA (013-9357549)
sahabattelekung@gmail.com
Sumbangan telekung boleh dihantar ke:
CHE KU SHAHERAWATI, 013-9937234 (untuk penyerahan telekung di sekitar bandar Kuantan).
ATAU melalui pos ke:
HANIM A. HAMID
15, LORONG IM12/3,
TAMAN ASTANA PERMAI,
BANDAR INDERA MAHKOTA,
25200 KUANTAN, PAHANG
019-2486536
Sumbangan wang boleh dimasukkan ke akaun:
1. Maybank Islamic (556093238331). Sahabat Telekung Kuantan. Email - sahabattelekung@gmail.com
2. CIMB Islamic. (8601298867). Pertubuhan Kebajikan Sahabat Telekung Kuantan. Email - sahabattelekung@gmail.com
3.Sila MASUKKAN email sahabattelekung@gmail.com semasa membuat transaksi dan menulis "Description of transaction: SAHABAT TELEKUNG KUANTAN".
Jazakumullahu khairan kathira (Moga Allah swt ganjarkan kepada kamu kebaikan sebanyak-banyaknya).
Terima kasih di atas sumbangan yang diberi. Moga Allah menerima amalan, memurahkan rezeki dan menjadi pencen kubur kalian
Cara untuk turut serta sebagai sukarelawan atau menyertai aktiviti STK
Untuk mendaftar sebagai ahli Sahabat Telekung Kuantan (STK): Isi borang di http://goo.gl/PFLiYN
Tujuan maklumat ini diambil adalah untuk menyimpan data-data STK untuk memudahkan komunikasi.
Untuk menyertai kumpulan STK di Facebook: Sertai dihttps://www.facebook.com/groups/SahabatTelekungKuantan/
Untuk menyertai kumpulan STK di WhatsApp: Hantarkan whatsapp ke 019-9532747
Jazakumullahu khairan kathira (Moga Allah swt ganjarkan kepada kamu kebaikan sebanyak-banyaknya).
Terima kasih di atas kesudian Cik Puan untuk sama-sama melakukan kerja amal di Sahabat Telekung Kuantan.
Bantuan Cik Puan amat kami hargai. Semoga Allah akan memberikan ganjaran untuknya.